Bengkel langkah demi langkah Buit Duit secara SAMBILAN antara RM1,120 ke RM2,520 sebulan dengan mengajar tuisyen
 
 
Ahad, 20 Disember 2009

 

Tahukah anda dengan mengajar tuisyen selama 2 jam sahaja sehari, anda boleh buat duit antara RM1,120 hingga RM2,520 sebulan?
   
Adakah anda tahu ini hanyalah kerja sambilan yang boleh dijalankan tanpa meninggalkan kerja utama anda?
   
Apakah yang anda mahu belanjakan jika anda ada tambahan duit sebanyak RM1,120 hingga RM2,520 sebulan?
   
Jika anda seorang suri rumah, kurang cukup dengan pendapatan sekarang, graduan menganggur, bakal pencen atau mahasiswa dan mahasiswi yang masih menuntut, adakah sejumlah duit ini boleh membantu anda?
   

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pengunjung yang dihormati.

Dalam usaha meningkatkan sumber pendapatan, kita perlu sentiasa mencari sesuatu yang sesuai dan padan dengan kemahiran, kekuatan dan minat kita. Ada bermacam-macam cara untuk meningkatkan pendapatan. Ada cara yang susah, memenatkan dan membosankan tetapi pulangannya tidak seberapa.

Ada pula cara yang mudah, seronok dan terasa bebas apabila dilakukan. Apa yang menghairankan, cara ini memberi pulangan yang jauh lebih baik.

Buat Duit Dengan Tuisyen mungkin satu cara yang sesuai buat anda. Mungkin selama ini anda sudah tahu ia boleh BUAT DUIT tetapi kurang pasti bagaimana ia boleh dilakukan dengan jayanya. Jadi, bengkel ini dihasilkan bagi memberi beberapa panduan bagaimana hendak bermula dan bagaimana hendak menguruskan proses buat duit dengan tuisyen.

Osman Affan

BA(HONS) Accounting & Finance, United Kingdom

Master of Education (Counseling & Guidance) UIA Gombak
Penulis buku 'Buat Duit Dengan Tuisyen'

 

 

Mengajar Tuisyen dekat di hati.

 

Saya bekerja selama 3 tahun di dalam bidang perakaunan di PriceWaterHouseCoopers Chartered Accountant. Pada tahun 2002, saya buat keputusan perakaunan bukanlah bidang yang saya minati. Saya ingin bebas. Saya berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk berniaga. Sayangnya, beberapa perniagaan yang saya ceburi, gagal. Antara perniagaan itu termasuk membuat dan menjual kuih-muih di kedai-kedai kopi di sekitar daerah Kuala Terengganu. Saya menanggung kerugian yang amat besar.

Kemudian, pada awal tahun 2003, saya mendapat peluang untuk menjadi guru sandaran tidak terlatih (GSTT) untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong, Kuala Berang Terengganu. Ketika mengajar di sana, selain daripada gaji bulanan yang saya terima, saya berpeluang mencari sedikit duit tambahan dengan mengajar kelas tuisyen yang dibiayai oleh satu badan kerajaan untuk pelajar sekolah. Saya juga ditawarkan mengajar tuisyen oleh sahabat-sahabat saya di beberapa sekolah dan pusat tuisyen lain.

 

Tidak lama kemudian, saya mula sedar tentang beberapa perkara.

  1. Agak mudah untuk buat duit dengan tuisyen ini kerana mengajar di dalam kelas tidak sepenat membuat kuih dan menghantarnya ke kedai-kedai kopi.
  2. Saya tidak perlukan modal langsung! Apa yang saya perlukan ialah membuat sedikit persediaan dengan membaca dahulu apa yang bakal saya ajarkan. Kemudian masuk dan mengajar sahaja.
  3. Saya mula sedar yang saya ada bakat dalam mengajar. Ini kerana anak murid didikan saya banyak memberi komen yang mereka sudah lama cuba kuasai topik yang saya ajarkan tetapi gagal. Setelah saya ajarkan topik tersebut, mereka rasa ia kelihatan lebih mudah difahami dan dikuasai.
  4. Saya terfikir, “Kenapalah dari dulu aku tak terfikir untuk ajar tuisyen? Kalau ini perniagaan pertama aku pilih masa berhenti kerja dulu kan mesti dah banyak boleh simpan duit sekarang?

 

Hasil mengajar tuisyen.

 

DUIT? Sudah pasti. Namun tahukah anda bahawa tuisyen telah memberi banyak peluang kejayaan lain buat diri saya?

Pada tahun 2004, saya mulakan sebuah pusat tuisyen bersama seorang sahabat. Semasa saya sibuk berusaha dan bertungkus-lumus untuk membuat anak-anak murid tuisyen kuasai apa yang saya ajar, saya banyak membaca buku dan membuat kajian. Apabila dipraktikkan, hasilnya saya dapati anak-anak murid saya mudah faham apa yang saya ajarkan.

Saya juga anjurkan kelas percuma mengajar teknik belajar setiap minggu.

Saya dapat lihat betapa semangat pelajar meningkat apabila mereka diajar beberapa teknik asas motivasi dan beberapa teknik asas belajar. Apa yang bagusnya, apabila mereka gembira semasa belajar dan meningkat prestasi belajar mereka, ibu bapa mereka gembira. Jadi mereka kekal belajar di pusat tuisyen saya. Malah, lebih ramai lagi yang menyertai pusat tuisyen saya akibat perkara tersebut.

Bukan sahaja tuisyen memberikan peluang untuk buat duit, sedar tidak sedar, saya sudah mula menulis buku-buku pembangunan diri pelajar seperti buku Persediaan Minda Pelajar Cemerlang, buku Kemahiran Belajar dan buku Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan. Saya yakin agak sukar untuk saya hasilkan buku ini semua jika saya bukan bermula dengan mengajar tuisyen.

 
Buku-buku terbitan PTS Publishing yang boleh di dapati di kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular.
 
 
Ebook yang boleh dimuat turun secara percuma.
 
 
Buku-buku keusahawanan terbitan True Wealth SB dan PTS Professional dan boleh di dapati di kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular.
 
 
Hasil tulisan ini pula telah memberi peluang kepada saya untuk diundang di televisyen dan radio bagi berkongsi maklumat dan pengetahuan tentang cara terbaik untuk memotivasikan pelajar dan meningkatkan prestasi akademik dan juga sahsiah diri mereka.
 
Jadi di dalam bengkel ini, saya bukan sahaja akan kongsikan bagaimana untuk BUAT DUIT tetapi juga untuk satu hari nanti menjadi PAKAR dalam subjek yang kita ajarkan. Bayangkan diri anda menjadi pakar sesuatu subjek. Mana-mana pelajar yang datang belajar dengan anda akan pasti skor A. Apakah kesannya kepada keyakinan diri, kepuasan hati dan juga paling penting, pendapatan anda?

 

Bakat dan minat sahaja tidak mencukupi.

 

Anda mungkin ada bakat untuk mengajar. Mungkin anda juga ada minat untuk mengajar. Namun, itu sahaja tidak mencukupi. Komen Will Smith, pelakon dan penyanyi rap bertaraf dunia apabila Ellen DeGeneres memuji tentang bakatnya,

"Your talent will fail you if you are not skilled."

(Walaupun berbakat, anda akan gagal juga jika anda tidak mempunyai kemahiran)

Melalui bengkel ini, anda akan pelajari beberapa kemahiran asas dan penting untuk berjaya dalam usaha buat duit dengan tuisyen. Antara kemahiran yang bakal anda pelajari ialah:

Prinsip, Petua dan Etika mengajar yang membolehkan anda menjadi seorang guru yang berkesan.
Asas teknik memori dan bagaimana anak murid boleh dilatih supaya lebih mudah ingat apa yang diajar.
Kemahiran mencari pelanggan melalui teknik pemasaran berkesan.
Kemahiran memikat hati pelajar, pusat tuisyen dan ibu bapa yang merupakan pelanggan utama kita.

 

KUANTITI dan KUALITI Guru Tuisyen

 
Percaya atau tidak, amat mudah untuk menjadi guru tuisyen. Sejak saya mulakan pusat tuisyen pada tahun 2004, saya telah temui beratus-ratus dan bermacam-macam orang yang menggelarkan diri mereka guru tuisyen. Anda juga boleh bermula hari ini menjadi guru tuisyen tanpa apa-apa latihan atau belajar apa-apa mengenainya. Namun 2 FAKTA ini perlu anda ingat.
TIDAK semua guru tuisyen boleh dilabelkan guru tuisyen yang baik dan guru tuisyen yang dicari-cari.
TIDAK semua guru tuisyen BERTAHAN LAMA.
 
Sepanjang saya menguruskan pusat tuisyen, saya telah memecat berpuluh-puluh guru tuisyen yang tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. Saya juga telah jumpa bermacam ragam guru tuisyen yang tidak mampu bertahan lama di dalam industri tuisyen. Jadi, tidakkah anda mahu tahu
Bagaimanakah caranya untuk menjadi Guru Tuisyen Berkualiti dan tinggi permintaan untuk khidmatnya?
Bagaimanakah untuk menjadi Guru Tuisyen yang pusat tuisyen dan ibu bapa sanggup membayar lebih daripada kadar biasa?
Bagaimanakah caranya untuk bertahan lama di dalam industri ini dan kekal buat duit dengan tuisyen?
Bagaimanakah untuk menjadi Guru Tuisyen yang dilabelkan sebagai PAKAR?
 
Sertai Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen untuk mengetahui semua jawapan kepada persoalan ini.

 

Bagaimana boleh dapat RM1,120 hingga RM2,520 sebulan?

   

Sebagai guru tuisyen, kita selalunya akan dibayar mengikut jam kita mengajar. Jumlah bayaran sejam adalah berbeza bergantung kepada pengalaman, kepakaran, kepentingan subjek dan kejayaan anak-anak murid kita yang lepas. Bayaran sejam yang biasa bagi guru tuisyen ialah antara RM20 sejam hingga RM45 sejam.

Sebagai permulaan, katakan kita dibayar RM20 sejam. Jika kita mengajar selama 2 jam sehari, seminggu kita akan mengajar selama 14 jam. Jadi bayaran yang boleh kita terima ialah

RM20 x 14 jam seminggu x 4 minggu = RM1,120.

Namun setelah pengalaman dan kepakaran kita meningkat (Insyaallah akan meningkat dengan cepat jika kita pelajari cara yang betul), kadar bayaran sejam juga akan meningkat. Katakan kadar bayaran kita mencecah RM45 sejam. Jadi bayaran yang boleh kita terima ialah

RM45 x 14 jam seminggu x 4 minggu = RM2,520

Adakah sejumlah wang tambahan ini boleh memberikan kepuasan dan membantu perbelanjaan bulanan anda?

 

Kebebasan masa, ketenangan fikiran.

   

Pernahkah anda terfikir ingin melakukan kerja yang memberikan anda kebebasan masa tetapi dalam masa yang sama memberikan pulangan yang memuaskan? Cuba bayangkan, jumlah RM1,120 hingga RM2,520 yang dinyatakan di sini adalah berdasarkan kerja mengajar selama 2 jam sehari. Bukankah RM2,520 itu sama besar dengan kebanyakan kerja di Malaysia yang memerlukan anda bekerja 8 hingga 12 jam sehari, 5-6 hari seminggu?

Jika anda seorang graduan menganggur, bukankah ini satu pilihan yang agak menarik sebagai kerjaya? Jika anda ingin menambah pendapatan dan masih sayangkan kerja sekarang, bukankah ini peluang untuk menambah pendapatan tanpa mengganggu kerja sekarang?

Buat Duit Dengan Tuisyen merupakan satu cabang perniagaan di mana anda akan menawarkan khidmat mengajar. Sebagai usahawan, anda pasti akan dapat rasakan betapa masa anda dapat dikawal oleh diri anda sendiri dan bukan pihak majikan. Sudah pasti juga, ia menawarkan ketenangan fikiran.

 

Setelah menyertai bengkel, bilakah saya boleh bermula?

   

Anda boleh bemula SEGERA! Anda tidak perlu menunggu lama untuk bermula. Selepas bengkel, anda boleh terus mula mencari pelanggan sama ada pelajar atau mengajar di mana-mana pusat tuisyen.

Di dalam bengkel ini, akan dikongsikan langkah demi langkah bagaimana anda boleh bermula. Jadi anda tidak perlu memeningkan kepala tentang apa yang perlu dilakukan kerana tidak ada pengalaman.

Jadi, anda cuma perlu fikirkan, berapa cepat agaknya anda mahu menambah pendapatan dan berapa cepat agaknya anda mahu menjadi sebahagian daripada usahawan yang menawarkan khidmat mengajar tuisyen.

 

Kerja sambilan? Bolehkah ia dijalankan sepenuh masa?

   

Fokus utama bengkel ini ialah untuk tuisyen dijalankan secara sambilan. Namun, jika ia dijalankan sepenuh masa, bolehkah anda bayangkan berapa pula pulangannya?

Secara mudah, katakan anda mahu bekerja mengajar tuisyen sepenuh masa. Namun anda cuma gandakan daripada 2 jam sehari kepada 4 jam sehari. Jadi, pendapatan yang mungkin anda perolehi meningkat daripada RM1,120 hingga RM2,520 kepada RM2,240 hingga RM5,040. Adakah ia kelihatan menarik untuk anda?

Perlu diingatkan, gandaan ini saya cuma andaikan anda naikkan selama 4 jam sehari. Ia masih jauh lebih rendah masanya berbanding dengan kerja biasa yang memerlukan 8 - 12 jam sehari, 5-6 hari seminggu.

Sejak saya jalankan pusat tuisyen pada tahun 2004, saya telah jumpa ramai cikgu tuisyen sepenuh masa yang berpendapatan RM4,000 hingga RM6,000 sebulan. Malah ada yang lebih hebat hingga melebihi RM10,000 sebulan. Mahukah anda menyertai mereka?

 

Cara penyampaian Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen

 
Bengkel ini mementingkan penerimaan maklumat yang boleh dipraktikkan serta merta. Oleh itu, penyampaian program ini akan dijalankan menggunakan 4 kaedah utama iaitu:
Penerangan daripada fasilitator, Osman Affan.
Latihan bersama di dalam buku kerja dan latihan praktikal yang diberikan.
Perbincangan dalam kumpulan dan perbincangan terbuka bersama fasilitator.
Aktiviti-aktiviti fizikal dan mental bagi menjelaskan kaedah menjadi guru tuisyen cemerlang.

 

Siapakah yang akan mengendalikan bengkel ini?

 
Bengkel ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Osman Affan. Berikut adalah beberapa maklumbalas pelajar dan orang dewasa yang pernah mengikuti program-program kendalian Osman Affan.
 
 

“Osman mampu mengawal peserta program beliau dengan mudah, bukan sahaja melalui personaliti beliau yang mesra malah melalui isi kandungan program beliau. Sesi yang dikendalikan oleh beliau adalah sentiasa menyeronokkan dan interaktif.” ~Rizal Hassan, Take Charge Sdn Bhd.~

"Cara En. Osman Affan mengendalikan peserta dan cara beliau menyampaikan mesej adalah sangat menarik. Beliau mampu mengekalkan semangat dan keseronokan yang tinggi dikalangan peserta disepanjang sesi beliau." ~En Nor Ikhsan Ismail, Wakil Jabatan Latihan, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad~

‘Program ini merupakan program yang amat bagus! Saya suka En Osman bukan sahaja memberi ceramah atau motivasi, tetapi beliau seperti ‘bercakap’ dengan kita semua! Satu kaedah pengajaran yang bagus! ~Fatimah Nadiah Mohd Hisham, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya~

“Harus hadiri program bersama En Osman Affan, banyak tips-tips yang berguna diberikan dalam program beliau. Contoh yang diberikan melibatkan keadaan sekeliling dan mudah difahami serta diingati.” ~Mardhiah Ahmaddiah, UDA Holdings~

“Wow! I’m speechless! Penceramah sangat mahir berkata-kata hinggakan semua yang diajarkan dipraktikkan oleh saya sampai sekarang.”Akmal Hadi Sulaiman, UITM Segamat Johor~

“Sepanjang yang pernah saya alami seperti mengikut kursus-kursus atau ceramah, inilah pertama kalinya saya sangat suka pada program kursus. Saya sangat-sangat tertarik dengan semua motivasi yang disampaikan. Jikalau masa dapat diulang kembali (semasa zaman sekolah) insyaallah saya boleh jadi pelajar cemerlang. Syabas saya ucapkan kepada En Osman… yang terpenting sekali, saya memang enjoy sepanjang kursus ini dijalankan….dengan pengajaran yang saya dapat, insyaallah saya akan ajarkan pada bakal anak-anak saya.” ~Nurul Jannah Hassan, Jabatan Penerangan, Negara Brunei Darussalam~

“Program ini menyedarkan saya bahawa saya mempunyai potensi yang besar dalam bidang yang saya ceburi. Saya suka gaya En Osman menyampaikan ceramah yang bersahaja, tapi penuh maklumat.” ~Nurhidayah Ahmad Tahir, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang~

"Amat seronok dengan cara penyampaian En Osman Affan. Memperoleh sesuatu yang baru dalam meningkatkan keyakinan diri serta melihat bakat yang terpendam di dalam diri sendiri." ~Muhamad Akmal Ab Salam, UITM Seri Iskandar, Perak~

“Best sangat, kalau boleh nak lama lagi, sikit pun tak boring, mengantuk pun tidak. Banyak yang dapat dipelajari dan dijadikan sebagai pengetahuan am. Cara penyampaian En Osman sangat efektif dan mempunyai cara yang tersendiri untuk tarik minat peserta program.” ~Nurul Ain Nabilah Rahim Omar, Politeknik Port Dickson~

“Syabas! En Osman berjaya membuat peserta dapat beri tumpuan sepenuhnya pada setiap slot motivasi. Penyampaian yang tepat dan peserta tertunggu-tunggu untuk mengikuti slot yang seterusnya.” ~Mimi Sharahana Jamaludin, Program guru seluruh Terengganu anjuran Jabatan Pendidikan Terengganu~

“Pergi ceramah seperti ini kepada orang-orang yang telah berumur; saya expect dan bersedia untuk tidur kerana telah banyak kali melalui kursus motivasi. Tetapi Alhamdulillah, TIDAK SESAAT pun saya terlelap. Ianya tidak terlalu akademik dan lebih banyak mencabar minda. TQ” ~Wan Alwiyah Wan Ismail, Penolong Pengarah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Duta, KL~

“Program yang menyeronokkan. Mudah untuk difahami apa yang dibentangkan. Percakapan amat selesa dan melucukan membuatkan pelajar tertarik. Memberi keyakinan kepada pelajar untuk memberi respon kepada soalan ditanya. Ada ‘eye contact’ dan amat berkesan”- Nadzirah binti Shaafi, Universiti Darul Iman.

Untuk membaca lebih banyak testimoni, sila layari http://www.OsmanAffan.com/testimoni.htm

 
 

Jadual Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen

 

8.30 a.m - 9.00 a.m

 

Pendaftaran peserta

9.00 a.m - 10.00 a.m
Bahagian 1: Minda Guru Tuisyen Unik

 

  • Menulis matlamat - Membuka minda diri agar dapat melihat potensi yang tersimpan selama ini.
  • Mencari bakat terpendam - membuat keputusan tentang pendapatan yang ingin dicapai dan mengenalpasti segala kebolehan diri yang masih terpendam.
  • Meningkatkan keyakinan diri - Teknik menghilangkan rasa takut dan meningkatkan keyakinan diri semasa berdepan dengan pelajar.
10.00 a.m - 11.00 a.m
Bahagian 2: Pemasaran & Branding Guru Tuisyen Unik

 

  • Menulis iklan - Bagaimana menulis iklan yang berkesan dan mampu menarik minat pelajar dan ibu bapa untuk belajar dengan anda.
  • Menyerlahkan keunikan diri - Bagaimana hendak menonjolkan keunikan diri agar kelihatan berbeza dan lebih hebat daripada mana-mana guru tuisyen yang lain.
  • Mengenali medium iklan - Bagaimana untuk dihubungi selain menggunakan leaflet, banner atau iklan berbayar.

11.00 a.m - 11.30 a.m

Rehat
11.30 a.m - 1.00 p.m
Bahagian 3: SmartStudy Learning Skill

 

  • Teknik asas memori - Bagaimana pelajar boleh dilatih supaya lebih mudah ingat apa yang kita ajar.
  • Gaya Belajar - Bagaimana mengenali personaliti pelajar dan bagaimana pula cara menarik perhatian mereka semasa kita mengajar.
  • Teknik Nota Berkesan - Bagaimana melatih pelajar menggunakan nota berkesan untuk ingat apa yang telah kita ajarkan.
  • Latihan individu dan dalam kumpulan.

1.00 p.m - 2.00 p.m

Rehat. Solat Zuhur
2.00 p.m - 4.30 p.m
Bahagian 4: Kemahiran Asas & Khusus Guru Tuisyen Cemerlang

 

  • Prinsip & Petua Mengajar - Pengetahuan asas menjadi seorang guru berkesan.
  • Etika mengajar - Langkah menjaga hubungan baik dengan pelanggan dan meningkatkan kepakaran diri dalam mengajar.
  • Cara Penyampaian - Teknik penyampaian semasa mengajar agar pelajar lebih mudah faham dan seronok semasa belajar.
  • Latihan dalam kumpulan

4.30 - 5.00 p.m

Kesimpulan. Mengorak langkah untuk Buat Duit Dengan Tuisyen. Bersurai.

 

Bilakah tarikh dan di manakah lokasi program ini?

 

Bengkel sehari ini akan dijalankan di Pusat Motivasi SmartStudy, Taman Keramat Permai (Berhadapan dengan Masjid Muaz Bin Jabal, Taman Setiawangsa).

Klik di sini untuk melihat peta lokasi

 

Tarikh
Masa
Tempat
Penyertaan
Ahad, 6 September 2009
9.00 a.m. - 5.00p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad, 8 November 2009
9.00 a.m. - 5.00p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Penuh!
Ahad, 20 Disember 2009
9.00 a.m. - 5.00p.m.
Pusat Motivasi SmartStudy
Dibuka

 

 

Berapakah pelaburan anda untuk menyertai bengkel ini?

 

 

Yuran penyertaan untuk bengkel 1 hari ini ialah RM250

 

RM250 adalah harga pengenalan kursus ini. Jumlah ini adalah sangat kecil dibandingkan dengan pulangan setiap bulan apabila berjaya menjalankan khidmat mengajar tuisyen. Jumlah ini mungkin anda akan berjaya perolehi BEBERAPA KALI GANDA pada BULAN PERTAMA anda mula mengajar tuisyen.

 


Daftar segera supaya anda tidak ketinggalan mengikuti kursus ini!

Klik di sini untuk mendaftar

(Pendaftaran juga boleh dilakukan di pejabat kami di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.)

Klik di sini untuk menghubungi kami


 

Langkah Pendaftaran Bengkel Buat Duit Dengan Tuisyen

 


4 langkah untuk mendaftar.

 

1. Buat pembayaran melalui cara dibawah. (Tempat hanya disediakan kepada peserta yang telah membuat pembayaran.)
2. Hantarkan maklumat pembayaran melalui fax (03-4260 1102) atau email(info@motivasibelajar.com). Tempat akan disahkan setelah kami menerima bukti pembayaran.
3. Hantarkan juga maklumat bagaimana kami boleh menghubungi anda (sangat penting).
4. Terima pengesahan pembayaran daripada krew BengkelTuisyen.com

 

Bayaran RM 250 boleh dilakukan menggunakan:

Bank-in

(Boleh dilakukan menggunakan Maybank2U.com)

Cek


(Pendaftaran juga boleh dilakukan di pejabat kami di Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.)

Creative Questions Enterprise
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia

Klik di sini untuk melihat peta lokasi pejabat kami

Email: info@MotivasiBelajar.com

Waktu Pejabat

Isnin - Jumaat
: 1.00 p.m. - 10.00 p.m.
Sabtu & Ahad
: 9.00 a.m. - 4.00 p.m.
Telefon
: 012-902 8747 Arif
: 03-4260 1103 Emma
Fax
: 03-4260 1102

 

 


Bank-in

Berikut adalah maklumat yang diperlukan.

Bank: Maybank Berhad

Nombor Akaun : 5121-8312-9470

(Boleh dilakukan menggunakan Maybank2U.com)

Nama: Creative Questions Enterprise

Jumlah bank-in: RM250

Selepas membuat bayaran, sila emailkan kepada kami bank-in slip anda bersama maklumat berikut:

  • Tarikh program
  • Nama Peserta
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Hantarkan email kepada kami di info@MotivasiBelajar.com



Cek

Pembayaran cek RM250 dibuat kepada:

Creative Questions Enterprise

Hantarkan cek tersebut ke:

Creative Questions Enterprise
No 6-1, First Floor
Jalan AU 1A/4C
Taman Keramat Permai
54200 Kuala Lumpur
Malaysia


Sila turut sertakan maklumat berikut di belakang cek:

  • Tarikh program
  • Nama peserta
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat surat menyurat
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit

Kami akan menghubungi anda sejurus selepas cek anda diluluskan.


© All Rights Reserved 2009. www.BengkelTuisyen.com